Thursday, January 6, 2011

Truth about Diets

Truth about Diets
Via: Weight Loss

sumber:http://www.weightloss.org/truth-about-diets/
credits to:http://sususejat.com/

Saturday, January 1, 2011

awal sehari....

turun lagi dan lagi hari 2 punya update selasa 28 dec ini hari ni punya hasil timbangan 1.1.11 sengaja awalkan sehari sebab esok mungkin mlm baru nak update jadi awalkan sebagaimana syarat timbangan pepagi cuma harinya terawal sikit ke hari sabtu

hasil timbangan seperti tertera tp bahagia la juga 300gm kurang walaupon 1 hari x workout 
berdebar rasa masa naik peminbang tp alhamdulillah turun sikit klu naik sikit haru nk berworkout

tahun baru azam barukah





mcm terasa baru je bangun pg td dah jd bangun tahun lepas huhuu
apapun lady's and boy's happy new year
tahun lepas 7 dec 2010 kita sambut awal muharrram
apa azam baru kalian adakah disetting pada 1 muharram atau 1 januari

mana satu tarikh pilihan hati terpulang apa yang penting realisasikah azam yang sebelum ini
saya sendiri memilih 1 muharram sebagai tarikh menetapkan azam bukan nak tunjuk alim atau warak
tetapi mengawalkan apa yang baik
saya pilih 1 muharram untuk penetapan
manakala 1 january untuk meneruskan azam jadi tak perlu nk pikir apa azam baru cuma add on
je apa yang penting

tahun lepas tercapai juga la 1 nak ada lappy and pc
mcm tak sangka dpt juga bunyi mcm tamak
tp mmg tamak pon
pc untuk kerja2 berat cm design n video editing dah siap ada dalam studio
lappy lak untuk kerja yang lebih ringan cth cm update blog boleh bt depan tv sambil basuh baju atau keja lain2 yang dikira boleh diserentakkan tugasannya

azam 2011 nak kurus x dpt target 13kg untuk dibuang dpt buang 10 kg dulu pon ok lh
kalau boleh dalam masa 2 bulan tp tanpa sebarang suppliment diet nak buat cara neutral
berworkout dan bersenam
kalau en susu sejat boleh masakan saya tidak ye dok

lain-lain azam ada banyak tp nnt bila dah tercapai saya share

ok selamat tahun baru

Friday, December 31, 2010

bahagia bersama


huish tajuk kemain yek
sejak akhir -akhir ni dapat berworkout sehari rasa sangat heaven
seronok bila dapat layan perasaan atas treadmill
25 minit berlenjan peluh atas ni sambil memikir mcm2 esspecially pasal keja langsung x rasa letih naik je start pikir sedar2 dah bunyi setting aik dah siap 25 minit huhuhu seronok rase


mungkin ni cara baru nk tenangkan perasaan selain tdo cm dulu
mula- mula janggal gila tp dah lm2 rindu klu x jumpa mesin ni
alah bisa tegal biasa heheh

dulu asal ada prob je tdo xpon menangis
tp skang dok melayan perasaan atas menda alah ni jadi tenang lak
hilang segala tension
segala yang berkecamuk dalam kepala jadi tenang ja

Tuesday, December 28, 2010

impian langsing

Bagi merealisasikan impian untuk memiliki tubuh yang langsing dan ramping, 9 rahsia berikut mungkin boleh membantu :

1) Mendengar muzik yang mengasyikkannakan membuatkan kamu berasa kenyang.

2) Elakkan makan berlebihan meskipun masih banyak hidangan yang menggoda.

3) Kajian yang dilakukan oleh University of Switzerland membuktikan bahawa minum secawan teh hijau akan dapat meningkatkan jumlah kalori yang dibakar.

4) Fokuskan apa yang sedang kamu buat. Elakkan menonton atau menbaca sambil makan.

5) Luangkan masa untuk berehat dan berjalan-jalan selama 20 minit di luar rumah. Sinar matahari yang memancar membantu mengendalikan nafsu makan.

6) Gosok gigi selepas makan, dengan cara ini akan mematahkan nafsu kamu untuk makan sekali lagi.

7) Renung makanan yang terhidang di dalam pinggan. Fikirkan adakah wajar untuk kamu habiskan ke semua makanan yang ada di depan mata?

8) Elakkan dari meletakkan sebarang makanan di bilik tidur.

9) Jangan terlalu keras untuk berdiet. Kasihanilah diri sendiri dan yakinlah, lama kelamaan kamu akan kurus dan langsing walaupun terpaksa mengambil masa yang lama.

turun lagi


wee hoo turun lagi walaupon idokla sebanyak mana nilai 400gm 2 tp seronok la penurunan yang mcm ni konsisten hahahha sikit - sikit lama lama jadi kurus heheheh

sebab niat utama saya join SNTN ni nak sihat n mendapat tahap kesihatan yang optimum sebab kalau nak ikutkan BMI normal tahap atas pagar kalau tersasar sikit lagi jadinya overweight kalau boleh nightmare ni janganlah berlaku lagi segalany sukar nak dibuat lagipon muak dah dipandang serong ngan orang kesian kita yang berlebihan berat ni kan sentiasa dipandang rendah

2x5 @5x2

ada satu teori yang saya penah terbaca dalam blog mana yang lebih bagus 2x5 atau 5x2

teori 2x5lebih kurang mcm ni maksudnya
bersenam selama 25 minit sehari selama 5 hari jadinya selama tempoh itu walaupun sekejap kita tetap membakar kalori sekurang-kurangnya 300kcl walaupon rutin yang kita lakukan itu hanya berjalan pantas tanpa henti selama 25 minit setiap pagi atau petang caranya mudah bukan dan dalam masa yang sama berat yang diimpikan tetap turun walaupun rutin yang dilaksanakan sekejap tetapi kerap.tetapi apa yang perlu diingatkan pemakanan seimbang harus diambil kira kalau bersenam bagai nak rak tapi pemakanan seimbang tolak ketepi tak ada nilai juga

teori 5x2 bererti
bersenam selama 5 jam tetapi hanya dibuat untuk 2 hari sahaja kalau dilihat macam banyak tapi baki 5 hari yang berbaki dibiarkan berlalu tanpa bersenam dan langsung tidak menjaga pemakanan seimbang jadi nilai kalori yang dibakar selama 5 jam itu hanyalah sia -sia. mungkin berlaku penurunan berat badan akan tetapi jika nak dibandingkan dengan 2x5 mungkin hanya 10% sahaja pengurangan.

jadi kepada mereka yang ingin menurunkan berat badan fikir-fikirkan apa yang terbaik untuk diri dan kesihatan anda