Thursday, July 1, 2010


Tahukah Anda bila kita selalu dekat dengan pokok, kita akan rasa tenang, bersemangat dan penuh dengan inspirasi? Mungkin Anda kurang menyedari hal ini.
Kita jadi bersemangat apabila kita selalu hampir pada alam terutama hampir dengan pokok dan rumput-rumput hijau. Orang-orang Barat cepat mencapai kemajuan kerana mereka suka bersantai di taman bersama keluarga. Dekat pada pokok-pokok dan alam semulajadi menjadi kebiasaan buat mereka.
Oleh kerana mereka dekat dengan alam, fikiran mereka jadi lebih positif sebab mereka merasa tenang sentiasa sedangkan ramai daripada mereka bukan beragama Islam seperti kita. Dari fikiran positif, tindakan mereka lebih banyak mengarah kepada tindakan positif lantas membuat mereka banyak mencapai pencapaian-pencapai an positif.
Pokok mempunyai tenaga positifnya tersendiri. Tenaga positif ini dipanggil ‘prana’.
Tiap kali kita duduk berhampiran pokok atau kita duduk 30-60 minit di bawah pokok yang besar, sedar tak sedar tubuh kita menyerap pancaran tenagapositif yang terpancar dari pokok melalui kulit tubuh kita. Kesannya, fikiran kita berubah jadi tenang dan kita berada dalam emos santai.
Bila kita sudah tenang dan santai, kita jadi bersemangat. Bila sudah bersemangat, rasa gusar, risau dan tertekan hilang tiba-tiba.
Masalah yang kita fikirkan nampak penyelesaiannya. Fikiran yang berserabut seolah-olah jadi ‘ringan’ tak semena-mena.
Tiap kali Anda berasa resah, gelisah, hati terluka, bawa diri Anda duduk bersendirian di bawah pokok. Tak jumpa pokok yang besar, cari pokok yang rimbun dan dekatkan diri
Anda pada pokok tu terutama di taman-taman yang suasananya tenang.
Lebih kerap Anda berada hampir dengan pokok, lebih bermotivasilah Anda. Ni satu terapi diri yang baik, mudah dan murah.

No comments:

Post a Comment